MAKANAN

                         EANNA DELIGHTS 

Eanna Delights menjual pelbagai kek, kek cawan & brownies. Terdapat pencuci mulut buatan sendiri. Mereka menggunakan bahan-bahan khas & bake-to-order sahaja. Mereka ini adalah pakar dalam kek perkahwinan, fondant & kek kustom. Pada mereka yang ingin belajar membuat kek, ada disediakan kelas untuk membuat kek juga. Dekat sini ada menu Western, Nasi Lemak Pandan & macam-macam desserts yang membuat anda terliur punya lah! Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Alamat: 49, Jalan Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, Johor Bahru
Nombor Telefon: +607 232 7294
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam (Isnin Tutup)




                             BANAFEE VILLAGE

“Makanan bintang 5, harga kaki 5” itu adalah tagline restoran ini yang mementingkan kualiti makanan dan menawarkan harga yang berpatutan. Pelanggan berpeluang menikmati lebih 200 jenis makanan masakan ala Arab, Cina, Jepun, Barat, Indonesia, Thailand dan tempatan yang disajikan oleh chef berpengalaman. Di sini, terkenal dengan Sup Tulang Merah. Restoran ini beroperasi selama 24 jam. Jadi tak kisah pukul berapa pun anda teringin nak makan, boleh sahaja terus datang ke sini.
benafee 1benafee 2benafee 3
Alamat: Lot 9022, Jalan Dato’ Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Johor
Nombor Telefon:+60 7-333 3377
Waktu Operasi: 24 Jam


                                        MIYAKORI CAFE

  • Miyakori Café merupakan sebuah coffee house yang berpangkalan di Johor Bahru. Kafe ini menyajikan 100% kopi Arabica terbaik dan teh berkualiti tinggi. Dengan tagline mereka 'Happiness In A Cup', mereka cenderung untuk menyajikan secawan kebahagiaan, seperti yang pelanggan suka. Layari Facebook dan Instagram Miyakori Café untuk info lebih lanjut.
    Alamat: 41, Jalan Indah 22/14, Bukit Indah 2, 81200 Johor Bahru, Johor
    Waktu operasi:
    Isnin, Rabu, Khamis & Ahad = 12pm-10pm
    Jumaat & Sabtu = 12pm-11pm
    Tutup pada Selasa
    Telefon: +607-2444 882



                  COFFEE VALLEY

  • Espresso, Kopi, Signature Waffle, Brunch, kek dan banyak lagi! Setiap hidangan direka khas dengan cara yang seimbang dan sihat yang tidak akan membiarkan anda merasa bersalah semasa menikmati hidangan yang lazat. Layari Facebook & Instagram Coffee Valley untuk info lebih lanjut.
    Alamat:
    L2-550A, Sutera Mall, 81300 Johor Bahru, Johor.
    12A Jalan Trus, 80000 Bandaraya Johor Bahru, Johor.
    Waktu operasi: Khamis - Selasa = 12.30pm-10pm. Tutup pada Rabu.
    Telefon: +607-5622 7

     says.com

                              ONE UPON A TIME CAFE & BOUTIGUE

  • Sesiapa yang berkunjung ke Once Upon A Time Cafe & Boutique ini pasti terbayangkan kisah dongeng atau fairy tale purba zaman kanak-kanak dulu. Dengan menghidangkan makanan dan kopi lazat, kafe ini sememangnya menjadi pilihan penduduk di Johor Bahru. Layari Facebook Once Upon A Time Cafe & Boutique untuk info lebih lanjut.

    Alamat: No. 7A Showhouse, Jalan Persiaran Jaya Putra 1, Bandar Jaya Putra, 81100 Johor Bahru, Johor
    Waktu operasi: Isnin - Ahad = 1pm-11pm
    Telefon: +6016-7973 999

Comments

Popular posts from this blog

TEMPAT MENARIK

TEMPAT PENGINAPAN